Perutusan Pengarah

ads 70

Statistik Pelawat
Atas Talian : 0
Hari Ini : 6
Keseluruhan : 39050
Pautan

PENGARAH KELANTAN

MAJLIS SUKAN NEGERI KELANTAN

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya sekali lagi Pengurusan Majlis Sukan Negeri Kelantan dapat menerbitkan Buku Laporan Tahunan bagi tahun 2004-2008 sebagai rujukan kepada para atlet, peminat serta aktivis sukan kepada terhadap program yang telah dilaksanankan sepanjang tahun-tahun berkenaan.

Sepanjang tahun berkenaan Majlis Sukan Negeri Kelantan telah berjaya melaksanakan pelbagai program pembangunan sukan termasuk replika jam tangan program yang dipertanggungjawabkan oleh Majlis Sukan Negera Malaysia. Kejayaan yang dicapai adalah hasil daripada komitmen serta semangat jitu daripada pegawai-pegawai kanan,Persatuan-persatuan Sukan Negeri, jurulatih serta para atlet disamping kerjasama dan penglibatan secara langsung daripada Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelantan (MSNK) serta badan-badan sukan di negeri ini.

Mengambil kesempatan ini , saya bagi pihak pegawai dan kakitangan Majlis ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dan Majlis Sukan Negara Malaysia serta semua pihak yang memberi sokongan samadasecara langsungatau tidak langsung kepada Majlis ini dalam usaha melaksanakan program dan pembangunan sukan negeri ini.

Akhir sekali, dirakamkan ucapan terima kasih juga kepada jabatan-jabatan , agensi-agensi Kerajaan dan Swasta serta pertubuhan sukan, NGO dan individu di atas sokongan yang tidak berbelah bagi dalam usaha Majlis ini mempertingkatkan pencapaian dan pembangunan sukan negeri ini dan berharap agar kerjesama dan sokongan ini akan sentiasa berterusan demi kecemerlangan sukan negeri ini selaras dengan dasar kerajaan persekutuan ke arah memartabatkan sukan negara.

Sekian,  Wassalam.

* YAKIN CEMERLANG *

( MOHAMAD NOORDIN HAJI AWANG )

Video Sukan

Undian

Bagaimanakah Website MSN Kelantan

View Results

Loading ... Loading ...
Awam


Kalendar
August 2018
M T W T F S S
« Feb    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031